Chacha Maembong dakwa Ruhainies ‘propa’, minta bersihkan nama - Utusan Malaysia

Chacha Maembong dakwa Ruhainies ‘propa’, minta bersihkan nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara dikecam teruk di media sosial, pelakon, Chacha Maembong memuat naik video penjelasan menegaskan tidak pernah campur tangan dengan kemelut rumah tangga yang melibatkan Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies.

Chacha atau Siti Aisyah Rohani Ismail, 27, menunjukkan bukti bahawa dirinya terus menghubungi Ruhainies bagi meminta penjelasan selepas namanya terpalit dalam sebuah tangkap layar perbualan yang tular sejak semalam.

“Memandangkan nama saya pun sudah naik, saya tampil memberi penjelasan agar tidak timbul lagi fitnah. Pertama, saya tidak rapat dengan Ruhainies, apalagi untuk keluar makan bersama atau berbalas mesej.

“Ceritanya, dia sedang melakukan panggilan video bersama Emma. Emma kemudian suakan panggilan video itu kepada saya. Saya tidak tahu apa masalah mereka dan tidak mahu ambil tahu.

“Saya cuma beritahu Ruhainies ada terserempak dengan Bella di sebuah majlis dan mukanya seperti ada masalah. Itu sahaja dan perbualan saya habis di situ,” jelasnya.

Dalam video berkenaan, pelakon Anak Perjanjian Syaitan itu juga menunjukkan perbualannya dengan Ruhainies termasuklah mesej suara yang dihantarkan pelakon itu kepadanya.

“Itu perbualan antara saya dan Aliff, saya tak tahu minah itu nak godam telefon Aliff macam itu. Awak faham tak?

“Itu kan benda lama yang hari tu kita jumpa, yang kita buat panggilan video selepas cakap dengan Emma dan awak,” kata Ruhainies.
Chacha mempersoalkan tindakan Ruhainies yang mengatakan kononnya dia ada mengutuk Bella seperti yang dinyatakan dalam perbualannya bersama Aliff.
Bukan itu sahaja, adik kepada Emma Maembong itu juga turut meminta Ruhainies tampil membersihkan namanya kepada khalayak umum, namun permintaannya tidak berbalas.

“Ruhainies katanya berada di balai. Saya tidak boleh biarkan orang kecam saya sebab perkara itu tidak betul. Saya minta dia bersihkan nama saya namun tidak berbalas.

“Saya harap anda semua faham apa yang cuba saya sampaikan. Saya bukan jenis jaga tepi kain orang dan hidup dalam dunia saya sahaja,” tegasnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine, menunjukkan bukti tangkap layar kononnya Chacha Maembong turut terlibat dalam komplot perceraian dan menjatuhkan Bella Astillah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya