PONTIAN: Kelewatan pembukaan laluan dari Jambatan Sungai Pulai ke Kawasan Perindustrian Tanjung Bin menyebabkan ada treler dan lori gunakan laluan Kampung Sungai Boh sehingga mengundang bahaya kepada penduduk. Penduduk mendakwa para pemandu yang kebanyakan orang luar hanya mengikut penunjuk arah apabila menggunakan aplikasi tanpa mengetahui jalan tersebut hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan. Azman Awang, 58, berkata, keadaan itu menimbulkan kebimbangan dan kemarahan penduduk kerana kehadiran kenderaan terbabit menyukarkan pergerakan mereka. Malah ada yang langgar tiang kabel telekom dan elektrik menyebabkan gangguan elektrik dan talian telefon termasuk di bangunan sekolah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya