KULAI: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengeluarkan denda hampir RM1 juta terhadap pihak yang membuang sampah secara haram di negeri ini sejak 2018 sehingga Februari lalu. Pengarah SWCorp negeri, Zainal Fitri Ahmad berkata, jumlah itu secara keseluruhan melibatkan 56 kes yang didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 71 (1) Akta 672 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. “Semuanya berjumlah RM919,000 dengan Johor Bahru mencatatkan jumlah denda tertinggi iaitu sebanyak RM528,000. “Daripada jumlah itu, 31 kes yang sudah selesai didakwa melibatkan 16 individu dan dua syarikat,” katanya pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya