PUTRAJAYA: Seorang lelaki digelar sebagai ‘Boy Tiger’ terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 35 tahun dan dikenakan 12 sebatan kerana membunuh anak tirinya yang berusia tiga tahun pada 2018. Khairul Izaini Khairuddin, 37, dilihat membelasah Muhammad Qairil Aqmal Abdul Hakim secara bertubi-tubi, perutnya ditumbuk, badannya dipijak serta dihempas ke lantai, lehernya dicekik manakala kepalanya dihentak ke dinding sehingga berdarah. Ibu kandungnya (saksi mata) yang melihat kejadian itu bagaimanapun tidak berdaya menghalangnya kerana sedang sarat mengandung ditambah pula perayu seorang yang panas baran. Panel tiga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya