PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Baharu (KKB) sekiranya Pakatan Harapan (PH) tidak mahu bertanding. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keutamaan bagi mewakili Kerajaan Perpaduan ialah dari wakil parti penyandang kerana PRK KKB adalah disebabkan oleh kematian penyandang. “Situasi ini bukannya seperti keadaan ketika pilihan raya umum (PRU). Ini cuma PRK sebab isu kematian penyandang, maka wakil parti penyandang akan bertanding, kecuali jika mereka sendiri tidak mahu,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 Wisma Putra di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya