PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur penjaja jagung bakar warga asing di sekitar kawasan Jalan Saloma di ibu negara. Menurut DBKL, operasi itu dilaksanakan melalui Tindakan Penguatkuasaan dan Sitaan oleh Jabatan Penguatkuasaan menerusi peruntukan di bawah UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 – menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen. “Antara barangan yang disita adalah jagung, papan alas, dapur panggang, rak plastik dan lain-lain. “Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya menurut hantaran di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya