PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketua Armada Bersatu, Wah Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kelulusan tersebut sekali gus membolehkan partinya mengosongkan enam kerusi Ahli Parlimen yang telah menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Langkah seterusnya mengosongkan kerusi-kerusi mereka ini untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Parlimen,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya. Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan memberikan sokongan mereka kepada Perdana Menteri tanpa meninggalkan parti masing-masing. Mereka adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya