KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Sepang mengarahkan seorang bekas pengasuh taska menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas mengaku salah menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak seorang pegawai perubatan yang ketika kejadian berusia setahun lapan bulan, tiga tahun lalu. Hakim Dr. Azrol Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Fatin Nabila Azmi, 26, selepas wanita itu menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Mahkamah turut memerintahkan bekas pengasuh itu berkelakuan baik dengan bon jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin selama dua tahun. Nur Fatin turut diperintah melapor diri ke balai polis berhampiran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya