KUCHING: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Datuk Abdul Ajis Abdul Majeed meninggal dunia, awal pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan kira-kira pukul 3.33 pagi. Menurut anak bongsu Allahyarham, Athirah Abdul Ajis, 34, jenazah ayahnya akan dikebumikan petang hari ini di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di Samariang di sini. “Beliau dimasukkan ke Pusat Jantung Sarawak petang semalam dan meninggal dunia awal pagi tadi. “Arwah bapa saya kini berada di kediaman keluarga kami di Gita dan akan dikebumikan sebentar lagi,” katanya ketika dihubungim hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya