PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mendera bayi kandungnya berusia enam bulan sehingga maut dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, kelmarin. Kejadian malang itu terbongkar selepas bedah siasat ke atas mayat bayi terbabit mendapati terdapat kesan kecederaan pada kepalanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Muhamad Nasir Drahman berkata, pada awalnya polis menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 25 tahun pada 8.52 pagi. “Lelaki itu mendakwa bayinya tidak sedarkan diri di rumah di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma. “Hasil pemeriksaan awal, tiada kecederaan pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya