Bau peluh anak pengubat rindu

Bau peluh anak pengubat rindu

SANIAH SEDET mencium baju terakhir dipakai anaknya, Akmal Hakimi bagi melepaskan rindu walaupun sudah 13 bulan hilang di Pulau Mawar, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Merindui seseorang tanpa diketahui di mana jasadnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi, namun itulah perasaan dihadapi sepasang suami isteri selepas anak kesayangan hilang tanpa sebarang jejak sejak kira-kira 13 bulan lalu.

Untuk meleraikan perasaan itu, Saniah Debet, 53, akan mencium bau peluh Mohammad Akmal Hakimi melalui baju terakhir digunakan yang disimpan rapi tanpa dibasuh sejak kejadian misteri itu berlaku.

Katanya, dia dan suaminya, Ishak Khamis, 58, juga berkunjung hampir setiap bulan ke Pulau Mawar hanya semata-mata ingin ‘melihat’ Akmal Hakimi yang dirasakan masih berada di pulau itu.

“Saya berasa amat dekat dengan Akmal apabila mencium bau peluh pada bajunya ini walaupun sudah lebih setahun, namun bau peluhnya masih segar seolah-olah baru dipakai.

“Dan apabila tiba bulan Ramadan serta Syawal, kenangan bersamanya akan membuatkan hati saya meronta-ronta untuk mengetahui di mana dia berada sekarang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Impian di sini.

Muhamad Akmal yang merupakan penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Perak dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Makmur, Kluang.

Dia dipercayai meninggalkan motosikalnya di kawasan pulau berkenaan bagi membolehkannya melakukan aktiviti mendaki di pulau tersebut secara bersendirian.

Menurut Saniah, untuk menerima rasa reda kehilangan anak keduanya selama 13 bulan adalah sesuatu yang memeritkan apatah lagi sehingga kini jasadnya belum diketahui nasibnya.

Ujarnya, anaknya yang menuntut dalam pengajian Diploma Teknologi Kejuruteraan Marin di UniKL, Lumut, Perak sepatutnya sudah menjalani latihan praktikal di Lumut sekiranya tidak berlaku kejadian misteri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN