KLANG: Kerajaan akan menghulurkan bantuan sebanyak RM1,500 kepada setiap keluarga yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Bencana Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, RM1,000 disumbangkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) manakala RM500 lagi oleh kerajaan negeri. Menurutnya, mereka yang tidak tinggal di PPS pula akan diberikan bantuan sebanyak RM250 oleh kerajaan negeri. “Saya berharap wang bantuan itu dapat membantu sedikit mangsa melakukan kerja pembaikan barang mereka yang rosak akibat bencana tersebut. Nanti kita akan maklumkan bagaimana bantuan itu diagihkan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya