COPENHAGEN: Bangunan Bursa Saham Denmark yang penuh ikonik dan bersejarah terbakar, awal pagi semalam.
Lapor BBC, 17th Century Borsen yang terletak di tengah-tengah Copenhagen merupakan antara bangunan tertua di bandar ini.
Menteri Kebudayaan Denmark, Jakob Engel-Schmidt berkata, usaha memadamkan kebakaran bangunan berusia 400 tahun yang merupakan warisan budaya Denmark itu mengambil masa selama beberapa jam.
Pegawai Bomba memaklumkan bahagian bumbung runtuh dan api merebak ke beberapa tingkat lain.
“Kira-kira 120 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran, namun hanya 40 peratus daripadanya dapat dikawal dan operasi dijangka berterusan dalam tempoh 24 jam,” katanya.
Terdahulu, orang ramai bergegas menyelamatkan lukisan bersejarah yang terdapat di dalam bangunan itu.
Bangunan yang dibina sejak 1625 terletak tidak jauh dari Parlimen Denmark, Folketing. -BBC