Baju raya Aina Abdul serba ringkas tapi estetik - Utusan Malaysia

Baju raya Aina Abdul serba ringkas tapi estetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Berbeza dengan penampilan di atas pentas, penyanyi popular, Aina Abdul cenderung memilih busana tradisional yang serba ringkas dan sopan untuk digayakan sempena hari raya. 

Menurut Aina atau  Nur Aina Abdul Ghani, 30, dia tertarik dengan baju kurung yang mempunyai sentuhan tradisional seperti potongan baju kurung Kedah. 

“Saya sebenarnya seorang yang serba ringkas ketika lebaran. Sama macam tahun sebelum ini pun, saya tertarik dengan baju kurung lama-lama.

“Contohnya baju kurung Kedah yang estetik, ia sangat dekat dengan diri seorang Nurul Aina. 

“Tahun ini kami sekeluarga akan pakai sedondon. Emak yang paling teruja uruskan itu dan ini. Kami anak-anak tinggal bayarkan sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Bakal menyambut lebaran di kampung halaman ibu di Mersing, Johor, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu tiga kali berturut-turut itu bakal memberi duit raya lebih banyak berbanding sebelum ini.

Bagi saya, raya kali ini tidak jauh bezanya dengan sebelum ini. Cuma kali ini saya sudah sediakan duit raya lebih banyak berbanding sebelum ini. Jumlahnya tak perlulah dikongsi.

“Tapi, apa yang buat saya teruja ialah saya keluarkan sampul raya sendiri. 

“Walaupun dihasilkan dengan teknik fast printing, saya suka sebab nanti orang akan ingat muka saya. Sebab itu setiap tahun saya akan sediakan sampul raya,” tambahnya yang tidak bercadang mengadakan rumah terbuka tahun ini. 

Dalam perkembangan lain, selepas raya, Aina bakal tampil di konsert sulung bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Mei ini.

Aina bakal menyanyikan 16 buah lagu yang kebanyakannya dipetik daripada album sulungnya, Imaji.

Persembahan ini ialah konsert simfoni orkestra saya yang pertama, jadi tentunya saya akan berusaha keras.

“Apatah lagi konsert itu akan berlangsung selama dua hari yang sememangnya memberikan tekanan yang baik kepada saya,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN