Bahagian Pendidikan Islam JAIPs terima sumbangan berjumlah RM579,000 - Utusan Malaysia

Bahagian Pendidikan Islam JAIPs terima sumbangan berjumlah RM579,000

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) berkenan menyerahkan sumbangan berjumlah RM579,000 kepada Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau, Perlis, baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan berjumlah RM579,000 buat Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bagi tahun 2024.

Pemberian sumbangan berkenaan adalah bertujuan bagi pelaksanaan aktiviti Pendidikan Islam JAIPs dan pelantikan nazir-nazir Sekolah Islam Perlis di bawah JAIPs melalui Tauliah MAIPs selaras dengan peruntukan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988.

Majlis penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Kampus Alam Pauh Putra, di sini, baru-baru ini.

Berangkat sama mengiringi baginda adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda juga disambut oleh Naib Canselor Unimap, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan para Pekhidmat MAIPs dan agensi bersamanya agar sentiasa komited dalam memastikan agenda Pendidikan Islam dapat disampaikan dengan sebaiknya khususnya dalam menerapkan pegangan agama sempurna sejak peringkat awal.

“Adalah menjadi harapan agar semua pihak dapat menjulang agenda pendidikan Islam ke tahap yang lebih baik dalam membentuk modal insan kamil dan syamil yang menyumbang kepada pembangunan negara holistik,” titah baginda.

Sementara itu, Mohd Nazim berkata, Bahagian Pendidikan JAIPs telah melaksanakan beberapa inisiatif pendidikan Islam selaras dengan agenda MAIPs dalam mempertingkatkan mutu pendidikan Islam di negeri ini.

“Ini adalah seperti mewujudkan Kurikulum Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs), Pelaksanaan Sekolah Integrasi Perlis (SIPs), Pengoperasian Tadika Islam Perlis (TIPs) dan penerbitan beberapa buku rujukan pengajaran pendidikan Islam di peringkat awal serta rendah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya