Bagasi RM500,000: Tiga saksi akan tampil minggu depan

Bagasi RM500,000: Tiga saksi akan tampil minggu depan

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga individu akan tampil kepada pihak polis pada minggu depan untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung pemilikan bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Damansara dekat sini, pada 20 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan tersebut merupakan saksi.

“Saksi ini merupakan rakan kepada pengarah syarikat kayu balak yang sebelum ini mendakwa bagasi berisi wang tunai itu adalah miliknya.

“Mereka akan hadir kepada kita dan akan direkod keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk bantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Hussein mengesahkan seorang pengarah syarikat kayu balak telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis pada 30 Mac selepas mendakwa bagasi terbabit adalah miliknya.

Pengarah syarikat itu mendakwa bagasi mengandungi wang itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang dipinjamkan tahun lalu untuk tujuan pelaburan.

Bagaimanapun, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod dan bukti yang mengatakan wang terbabit adalah milik syarikatnya semasa keterangannya direkodkan.

21 Mac lalu, media melaporkan satu bagasi berisi wang lebih RM500,000 ditemukan di tempat meletak kenderaan di sebuah pusat beli-belah oleh pihak pengawal keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN