Azhar terus perjuang penggunaan kad raya

Azhar terus perjuang penggunaan kad raya

AZHAR Jaafar menunjukkan kad-kad raya ciptaannya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Pekan, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Meskipun platform digital menjadi medium orang ramai untuk saling berhubung dan memberikan ucapan raya, namun kad Hari Raya Aidilfitri masih menjadi pilihan se­setengah individu untuk me­ngingati sahabat handai dan ke­luarga yang berada jauh.

Sehubungan itu, Azhar Ja­afar, 49, antara yang masih setia dengan cara tradisional tersebut mengambil inisiatif mencipta dan mencetak 900 keping kad raya untuk dijual.

“Hampir 20 tahun kita tidak melihat kad-kad ra­ya di pasaran dan kita juga sudah tidak terima serta menghantarnya kepada keluarga tersayang mahupun rakan-rakan.

“Oleh sebab itu, saya ingin mengembalikan zaman kese­ronokan mengirim dan mene­rima kad-kad raya ini seperti yang kita tertunggu-tunggu menjelang hari raya pada zaman dahulu,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Pekan, kelmarin.

Menurutnya, usaha untuk mengeluarkan kad raya berke­naan bermula sejak 10 tahun lalu apabila menerima tempahan 100 keping kad raya berlatarbelakang gambar Masjid Ridzwaniah yang dijual pada harga RM2.

Pada tahun ini, Azhar me­minta bantuan rakannya untuk melakarkan lukisan dalam bentuk AI berkonsepkan iden­titi Baling seperti Gunung Baling, Gunung Pulai, Masjid Ridzwaniah yang baharu dan rumah-rumah papan yang cantik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN