Maya Karin tidak sangka percintaan bertahan lebih 2 tahun - Utusan Malaysia

Maya Karin tidak sangka percintaan bertahan lebih 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Maya Karin tidak menyangka hubungan percintaannya dengan seorang jejaka Perancis mampu bertahan melebihi dua tahun.

Menurutnya, hubungannya masih bahagia walaupun jarang bertemu kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan kerja.

“Adakalanya kami tidak bertemu sehingga tiga minggu kerana jadual kerja yang sangat padat. Namun kami cuba menjadi realistik dan pernah berbincang mengenai perkara ini.

“Dia sangat memahami. Jika dia mahu bertemu saya, dia akan datang melawat saya di lokasi penggambaran. Tak sangka pula dia rupanya suka tengok saya bekerja,” katanya.

Maya ditemui di majlis berbuka puasa dan sidang media filem The Experts di sebuah hotel baru-baru ini.

Pernah bercerai pada tahun 2010, pelakon kacukan Jerman, Cina dan India itu tidak menyangka akan kembali menjalin hubungan istimewa dengan seseorang.

“Saya pun agak terkejut apabila hubungan kami boleh kekal sehingga kini. Saya ingatkan ia akan berakhir selepas tiga bulan.

“Tak sangka sebenarnya. Tipulah jika hubungan kami tiada pasang surut. Namun kami berdua sudah saling memahami,” katanya.

Pelakon Munafik itu juga tidak menutup pintu hati andai suatu hari nanti akan kembali bergelar seorang isteri.

“Saya tidak tutup pintu hati untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Dahulu semasa berkahwin, saya sangat gembira dan menikmati setiap momen yang ada.

“Cuma saya percaya dengan ketentuan Allah dan perancangan-Nya,” katanya.

Untuk rekod, pada 16 Julai 2010, Maya Karin sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah selepas dua tahun berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya