Apa sahaja perancangan, perlu ada hitam putih - Aizuddin - Utusan Malaysia

Apa sahaja perancangan, perlu ada hitam putih – Aizuddin

KUALA LUMPUR 26 MAC 2024 - Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berucap pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan NurJiwa PRIHATIN di Hotel Royale Chulan di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: ALIF UTUSAN / JIMMY KOSMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini kecoh apabila seorang penyanyi mendedahkan seolah-olah menjadi ‘mangsa’ penipuan penganjur konsert solonya. Lantas nama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin, Datuk Aizuddin Ghazali mula menjadi bualan.

Dia yang baru sahaja menyandang tugas sebagai penganjur konsert penyanyi tersebut terpalit sama dalam kontroversi tersebut. Ramai yang mula menyalahkan pihaknya selaku penganjur konsert tersebut.

Walaupun pernah sahaja dia menafikan dakwaan tersebut, namun penyanyi tersebut dilihat masih seolah-olah ‘menyalahkan’ penganjur. Secara tidak langsung, orang tetap melihat salah kepada pihak yayasan.

Jawablah mendapatkan Aizuddin. Apa reaksinya selepas berkali-kali dikaitkan dengan dakwaan penganiayaan tersebut. Aizuddin, Jawablah!

Pelbagai pihak mula mengaitkan Yayasan Prihatin yang turut terlibat dalam konsert tersebut. Adakah Datuk sedia maklum dengan dakwaan itu?

Iya, saya tahu tentang dakwaan tersebut. Sebenarnya kami sudah mengadakan pertemuan yang turut dihadiri peguam penyanyi tersebut. Kami beri gambaran sebenar dan baru penyanyi itu tahu dia sebenarnya telah dianiaya oleh pihak lain. Bukan penganjur.

Penyanyi itu sendiri sudah maklum dan meminta maaf di atas kekeliruan yang berlaku. Ada pihak yang cuba bermain dengan api. Sebagai artis, pengurusan yang baik sangat penting. Kami telus dan amanah dalam isu penganjuran

Adakah artis tersebut sedia maklum dengan apa yang berlaku selepas pertemuan tersebut?

Pihak itu rapat dengan dia dan telah memuat belit cerita sehingga mencetuskan isu tersebut. Pihak kami sudah membuat penjelasan dengan telus dan tidak ada isu tertunggak daripada pihak kami.

Saya sudah banyak bekerjasama dengan penyanyi dalam dan luar negara untuk penganjuran konsert berskala besar. Tidak pernah ada masalah. Semuanya berjalan lancar tanpa dakwaan tidak berasas.

Walaupun tanpa menyebut mana-mana pihak, tetapi sebagai penganjur konsert tersebut, adakah pihak Yayasan Prihatin terkesan apabila dakwaan seperti ini menjadi bualan sedangkan penjelasan sudah dibuat dengan penyanyi itu sendiri?

Saya sebagai penganjur tidak terkesan dengan penjelasan penyanyi itu sebab kedua pihak tahu situasi sebenar dan saya sendiri tahu siapa yang dimaksudkan oleh penyanyi itu dalam isu yang dibangkitkan dia.

Yayasan telah menganjurkan pelbagai konsert artis dalam dan luar negara namun tiba-tiba berdepan dakwaan yang sehingga kini tidak dijelaskan dengan telus oleh penyanyi tersebut, Datuk ada komen?

Saya yakin penyanyi tersebut tidak menuding jari kepada yayasan kerana perbincangan kedua pihak telah berlangsung dengan damai sebelum ini.

Malah, nasihat saya kepada dia untuk pastikan setiap urusan kerja selepas ini ada hitam putih. Kalau boleh, jangan memberi kepercayaan sepenuhnya hanya pada seseorang untuk membuat sebarang keputusan tanpa pengetahuanya.

Melalui sedikit pengalaman yang ada, saya juga tekankan padanya yang kena bekerja sebagai satu pasukan dan tidak lepas tangan kepada pengurusan semata-mata hinggakan ada individu boleh ambil kesempatan kepada artis tersebut.

Adakah Datuk terbuka untuk bercakap sekali lagi dengan penyanyi itu untuk tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kerana membaca kenyataan yang diberikan olehnya, seolah-olah penganiayaan itu datang dari pihak penganjur yakni Yayasan sendiri? Walaupun penjelasan dan pertemuan sudah dilakukan.

Saya sentiasa terbuka dan berlapang dada sebab tiada masalah antara kami dan saya yakin pihak mana yang menganiaya penyanyi tersebut. Mungkin cara penyampaian dan penjelasan penyanyi tersebut kepada penganjur buatkan orang di luar sana terfikir itu adalah yayasan.

Sedangkan sebelum kehadiran kami, ada dua penganjur yang terdahulu telah menarik diri menganjurkan konsert penyanyi tersebut walaupun pelbagai perancangan, pemasaran, sidang media, permit dan lokasi telah diuruskan oleh penganjur yang terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya