Anwar ziarah bekas bendahari Abim

Anwar ziarah bekas bendahari Abim

Anwar Ibrahim ketika meluangkan masa menziarahi Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman yang kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital di ibu negara- Facebook Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi sahabat lamanya yang juga bekas Bendahari Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman yang kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital di ibu negara.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Perdana Menteri memaklumkan, beliau bersyukur dan gembira melihat sahabatnya itu kini dalam keadaan baik.

Pada masa sama, beliau juga mendoakan kesembuhan untuk Syed Ibrahim dengan diberikan kesihatan terbaik.

“Sempat bicara panjang dengan beliau dan keluarga, terutamanya kenangan ketika bersama-sama dalam gerakan belia Islam dan aktivisme suatu ketika dahulu.

“Mendoakan saudara Syed Ibrahim segera sembuh dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, Insya-Allah,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN