PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bermula hari ini hingga 29 April ini. Kehadiran Perdana Menteri adalah atas jemputan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud. Menurut Kementerian Luar, Mesyuarat Khas yang bertemakan “Global Collaboration, Growth and Energy Development” akan dihadiri oleh ketua-ketua negara dan kerajaan serta pemimpin industri. “Perbincangan akan tertumpu kepada isu pembangunan mampan, keselamatan tenaga, perdagangan dan pelaburan, serta isu-isu geopolitik semasa. “Perdana Menteri akan menyertai Sesi Panel bertemakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya