PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh malam tadi, dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF). Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid pukul 10.25 malam Sabtu waktu tempatan atau pukul 3.25 pagi tadi waktu Malaysia, lapor Bernama. Ketibaan beliau serta delegasi Malaysia disambut Naib Menteri Luar Arab Saudi, Waleed A El-Khereiji bersama rakan sejawatnya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah. Riyadh akan menjadi hos mesyuarat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya