Anwar bakal hadir sambutan Aidilfitri di 7 negeri bermula esok

Anwar bakal hadir sambutan Aidilfitri di tujuh negeri bermula esok di Johor

ANWAR Ibrahim dijadualkan menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan di tujuh negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan di tujuh negeri bermula esok hingga 9 Mei depan.

Menurut Seketeriat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, tujuh negeri berkenaan melibatkan Johor pada 18 April, Sabah (20 April), Melaka (22 April) dan Kelantan (2 Mei).

Ia diikuti, Kedah pada 4 Mei, Pulau Pinang (5 Mei) manakala yang terakhir di Terengganu pada 9 Mei nanti.

“Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah bermula pukul 10.30 pagi hingga 3 petang dengan Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan rumah, manakala Kementerian Perpaduan Negara sebagai kementerian peneraju.

“Johor pula menjadi negeri pertama pelaksanaan majlis berkenaan bertempat di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall bermula pukul 4 petang hingga 7.30 malam dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai tuan rumah dan Kementerian Pertahanan sebagai peneraju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri Madani ini adalah kerjasama antara kerajaan negeri selaku tuan rumah dan kementerian peneraju sebagai pelaksana bersama.

“Majlis ini akan dihadiri oleh Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama dan turut dihadiri oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan.

“Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di samping membolehkan pemimpin bertemu serta beramah mesra dengan rakyat,” ujarnya.

Seketeriat itu turut memaklumkan, majlis itu juga bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk meraikan hari kebesaran umat Islam bersama-sama di peringkat Persekutuan dan Negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya