KLANG: Seorang anggota bomba cedera rusuk kanan ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kilang di Kawasan Perindustrian Pandamaran di sini, awal pagi tadi. Anggota lelaki dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Andalas berusia 28 tahun itu dipercayai terjatuh dari tempat tinggi di premis tersebut, kira-kira pukul 2.45 pagi. Mangsa yang dikejarkan ambulans dilaporkan dalam keadaan stabil dan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pukul 2.16 pagi. Menurutnya, sepasukan 54…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya