Anak ketua polis daerah maut tertembak diri sendiri

Anak ketua polis daerah maut tertembak diri sendiri

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berkaitan kes seorang anak perempuan seorang ketua polis daerah yang maut dipercayai tertembak diri sendiri di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian terbabit.

“Saya mengesahkan kejadian tersebut, siasatan sedang dijalankan berkaitan kes itu.

“Justeru kita minta orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Difahamkan, remaja berusia 14 tahun itu maut apabila tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Lahad Datu, Sabah.

Mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya kira-kira pukul 12.42 tengah hari.

Pistol miliknya dikatakan, tertinggal di rumah dan mangsa dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa sedang bertugas di pejabatnya.

Jenazah kini berada di Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN