PETALING JAYA: Aliran trafik dilaporkan masih perlahan di beberapa lebuh raya utama.
Menurut laman sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik di Lebuhraya Plus (E1) bergerak perlahan dari arah selatan pada jam 3.10 petang tadi.
“Trafik di arah selatan dilapor perlahan di Hentian Sebelah Hutan Kampung ke Tol Hutan Kampung, Sg. Petani (S) ke Bertam, Permatang Pauh ke Perai, Bukit Tambun (S) ke Bandar Baharu, Alor Pongsu ke R&R Gunung Semanggol, Taiping (U) ke Changkat Jering, Simpang Pulai ke Tapah, R&R Tapah ke Bidor, dan Behrang ke Sg. Buaya,” katanya.
Tambahan lagi, trafik arah barat di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Kuala Lumpur-Karak bergerak perlahan dari Lanchang km 101 ke Karak dan Karak ke Bentong pada jam 1.12 tengah hari tadi.
Sementara itu, ada dua kemalangan berlaku di dua lebuh raya berbeza. Ia terjadi di Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) di km 254.4 arah selatan dari Trong ke Beruas dan Lebuhraya Plus (E1) di km 111.1 arah selatan dari Sungai Petani (S) ke Bertam.
Walau bagaimanapun, trafik di kedua-dua lebuh raya masih dalam keadaan terkawal. – UTUSAN