Al-Sultan Abdullah kecewa laporan berunsur fitnah

Al-Sultan Abdullah kecewa laporan berunsur fitnah

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang memuat naik laporan bertajuk ‘Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan Pas’.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya berkata, laporan yang dimuat naik pada 22 Mac lalu itu bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat.

“Baginda menegaskan bahawa titah baginda ketika sesi Taklimat Pembangunan Daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti apa yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan.

“Kenyataan baginda itu tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik dan bersifat secara umum yang memberi maksud mengingatkan supaya masjid yang merupakan tempat ibadat buat umat Islam sentiasa dipelihara kesuciannya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, beliau ber­kata, Al-Sultan Abdullah mengingatkan semua pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik supaya meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar dari maksud sebenar.

“Baginda turut menitahkan agar etika kewartawanan perlulah dipatuhi pada setiap masa,” katanya.

Berdasarkan semakan, portal itu melaporkan berita terbabit berdasarkan sebuah klip video dan rakaman video TikTok yang tular. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya