PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan bahawa Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) dibuat dan diluluskan oleh Parlimen secara sah di sisi Perlembagaan Persekutuan. Ia berikutan beberapa laporan akhbar yang menyatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menolak pemakaian (Akta 750). “Tujuan Akta 750 ini digubal adalah bagi mengadakan peruntukan mengenai laut wilayah Malaysia dan memelihara keutuhan sempadan wilayah dan hak kedaulatan Malaysia serta bagi menjamin keutuhan keselamatan dan integriti wilayah,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, Penggubalan Akta 750 juga adalah bagi memenuhi obligasi Malaysia di bawah Konvensyen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya