Akmal guna taktik serang tanpa asas selepas gagal sangkal fakta

Akmal guna taktik serang tanpa asas selepas gagal sangkal fakta

Jenny Choy Tsi Jen dan Muhammad Akmal Saleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP Perak mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh menggunakan taktik menyerang tanpa asas selepas tidak mampu menyangkal fakta yang dikemukakan berhubung pencapaian menteri DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Perak, Jenny Choy Tsi Jen berkata, Muhammad Akmal mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming penyebab ekonomi negara teruk tetapi fakta menunjukkan sebaliknya.

Menurutnya, ini kerana faktanya ialah KPKT mendapat Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023 Kategori Platinum.

Katanya, malah Menteri KPKT itu menduduki tempat keempat sebagai menteri yang rakyat paling puas hati dalam 100 hari pertama Kerajaan Perpaduan menerusi selidik oleh media arus perdana.

“Yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan. Akmal Saleh adalah seorang yang patut dilakar sempadan.

“Perbezaan pendapat dalam politik itu amat biasa. Segala ketidak-seirasan pendapat boleh dibahas dengan fakta.

“Namun jika fakta itu tidak mampu disangkal, maka dia gunalah serangan tanpa asas. Itu taktik Akmal Saleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jenny Choy berkata, beliau tidak pasti sekiranya ada kaji selidik berkenaan prestasi Akmal Salleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Namun, mana-mana dia duduk pun, kami profesional. Kami bahas dengan prestasi, kami sangkal dengan fakta. Kami tidak akan panggil Akmal Saleh ‘bodoh’.

“Yang jahat jadikan sempadan. Akmal Saleh contoh yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Akmal berkata, semasa zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ekonomi tetap naik dengan baik walaupun ada kempen boikot dilakukan.

Muhammad Akmal Saleh berkata, ekonomi negara menjadi teruk sebab ada menteri yang macam Nga Kor Ming.

Beliau berkata demikian selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu membuat kenyataan bahawa akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, pekerja-pekerja terpaksa menanggung sengsara.

Muhammad Akmal melancarkan boikot kepada KK Mart selepas pasar raya serbaneka itu menjual stoking kalimah Allah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN