PETALING JAYA: Akauntan bumiputera bertauliah hanyalah 32 peratus daripada keseluruhan 37,576 tenaga kerja dalam sektor itu di negara ini, tahun lalu. Walaupun ada peningkatan penyertaan bumiputera sebagai akauntan profesional dalam tempoh itu, ia tidak mampu melepasi angka bukan bumiputera yang jumlahnya sekitar 25,000 orang. Berdasarkan jawapan bertulis Kementerian Sumber Manusia di Dewan Rakyat pada Mac lalu, statistik akauntan bertauliah bumiputera tahun lalu adalah 12,121 orang berbanding 25,456 bukan bumiputera. Malah sepanjang tempoh lima tahun sejak 2019, berlaku perbezaan antara akauntan profesional bumiputera pada setiap tahun antara 11,403 dan 12,164 orang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya