KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebatang sungai hari ini selepas dipercayai cuba meloloskan diri daripada operasi polis dekat Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang di sini, semalam. Mayat mangsa berusia 43 tahun itu dijumpai bomba dalam sungai berkenaan, kira-kira pukul 12.16 tengah hari tadi. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.24 petang semalam. Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerah dalam operasi itu. “Operasi dijalankan hasil laporan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya