Ahli politik 'double standard' pejuang isu - Firdaus Wong

Ahli politik ‘double standard’ pejuang isu – Firdaus Wong

FIRDAUS WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa  ramai ahli politik ketika ini mengamalkan double standard dalam memperjuangkan sesuatu isu demi meraih kepentingan untuk diri sendiri.

Oleh itu, Firdaus berkata, masyarakat perlu bijak menilai dan tidak terikut-ikut dengan rentak ahli politik ketika mereka terlalu lantang  memperjuangkan satu-satu isu.

“Ini kerana  mengapa ada isu yang mereka lantang tapi ada setengah isu kurang lantang? 

“Sebabnya kalau tidak bawa isu nanti nama tenggelam dan dalam pilihan raya umum orang tidak undi mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Pendakwah bebas itu  berkata demikian mengulas  isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk isu stoking dan dakwaan logo kalimah Allah  pada tapak kasut baru-baru ini.

Dalam pada itu, Firdaus berkata, umat Islam di negara ini menjadi lebih sensitif disebabkan tindakan segelintir pihak yang  melampau sehingga mencetuskan provokatif.

Antara terlalu sensitif, kurang sensitif atau tiada langsung perasaan sensitif. Kita perlu tanya apakah yang menyebabkan umat Islam berperasaan sedemikian?

“Dulu mungkin kita kata kurang sensitif. Tapi apabila saban hari ada yang cuba menangguk di air keruh, isu kecil menjadi besar disebabkan sentimen. Bagi saya itu reaksi segelintir orang Melayu yang ditekan dan ditolak ke satu sudut,” jelasnya.

Oleh itu, Firdaus berharap rakyat bertindak bijak dan tidak terburu-buru sehingga mencetuskan kekacauan dan keharmonian kaum di negara ini.

“Serahkan balik kepada pihak berkuasa untuk menyiasat (dalam sebarang isu),” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN