Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Vaisakhi, Tahun Baru Tamil

Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Vaisakhi, Tahun Baru Tamil

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada semua masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.

Menerusi catatan Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah, sikap toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang negara selama ini.

“Sebagaimana saya menegaskan sebelum ini, perpaduan berbilang kaum ialah hadiah yang paling bermakna buat saya.

“Keharmonian dan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama atau bangsa amat penting untuk kestabilan negara,” titah Sultan Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong turut berharap Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil akan terus membawa kegembiraan kepada mereka yang meraikannya.

Hari Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai mengikut kalendar masyarakat Punjabi dan Sikh.

Sementara itu, Chithirai Puthandu iaitu Tahun Baharu bagi kaum Tamil disambut setiap tahun pada hari pertama dalam kalendar matahari Tamil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN