PETALING JAYA: Semoga Tahun Baharu Telugu diharapkan membawa lebih kemulian dan kemakmuran kepada semua meraikannya.
Menerusi satu hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mengucapkan ucapan Selamat Tahun Baharu Telugu.
“Semoga tahun baharu kali ini membawa lebih kemulian dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.
“Sekali lagi, mewakili seluruh rakyat Malaysia saya ingin mengucapkan Ugadi subhakankshalu,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Hari ini merupakan tarikh sambutan Ugadi iaitu tahun baharu bagi kaum India berketurunan Telugu. – UTUSAN