PETALING JAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menyerahkan sumbangan barang keperluan kepada 61 klien mereka sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang. Program anjuran AADK Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) bertujuan meringankan beban mereka sekali gus menyemarak suasana Ramadan serta Syawal kepada klien dalam komuniti AADK. Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan berkata, acara tersebut adalah program tahunan yang diusahakan AADK bagi membantu klien yang kurang bernasib baik. “Program seperti ini diadakan sebagai usaha menyokong kepulihan klien AADK…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya