304,160 warga Indonesia naik kapal pulang berhari raya

304,160 warga Indonesia naik kapal pulang berhari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai 304,160 penumpang menaiki kapal PT Pelayaran Nasional Indonesia (Pelni) sepanjang tempoh balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sejak 26 Mac hingga 11 April lalu. 

Jumlah berkenaan terdiri daripada 264,754 penumpang yang berlepas menaiki kapal penumpang dan 39,406 penumpang menaiki kapal perintis.

Ketua Sekretariat Korporat kapal itu, Evan Eryanto berkata, angka itu bersamaan 5.22 peratus lebih tinggi berbanding jangkaan pihak syarikat sebanyak 289,057 penumpang.

“Waktu puncak direkodkan pada 5 April lalu dengan jumlah penumpang yang dibawa adalah seramai 26, 692 orang,” katanya lapor Tribunnews.  

Sehingga semalam, data syarikat menunjukkan sebanyak 148,724 tiket telah terjual untuk kapal penumpang dan 2,914 tiket untuk kapal perintis.

Jumlah itu akan terus meningkat memandangkan tempoh pergerakan bagi menaiki kapal sempena Aidilfitri akan berakhir pada 26 April ini.

“Syarikat meramalkan waktu puncak akan berlaku pada 21 April depan dengan anggaran 25,425 penumpang akan dibawa menaiki kapal,” jelasnya.

Beliau meminta semua penumpang untuk membeli tiket kapal melalui saluran rasmi seperti aplikasi Pelni Mobile, laman web Pelni, pusat panggilan Pelni, kaunter pejabat cawangan dan rakan kongsi Pelni.

Pihak syarikat merekodkan terdapat lima destinasi paling sibuk untuk pengangkutan hari raya pada tahun ini, termasuk bahagian Batam – Belawan dengan jumlah penumpang 16,434, Belawan – Batam (14,650), Kumai – Semarang (12,389), Balikpapan – Surabaya (10,794) dan Makassar – Surabaya (9,838).

Sementara itu, pelabuhan paling ramai penduduk dicatatkan di wilayah Makassar dengan jumlah penumpang seramai 36,776 orang, Balikpapan (30,655), Ambon (27,153), Batam (23,980) dan Bau-Bau (22,624).

Taburan penumpang kapal Pelni didominasi oleh wilayah tengah iaitu sebanyak 43.1 peratus atau 178,099 penumpang. 

Diikuti wilayah barat (31.9 peratus atau 131,697 penumpang) dan wilayah timur (25.1 peratus atau 103,682 penumpang).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya