300 negara hadiri Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 

300 wakil negara hadiri Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 

FADILLAH (kanan) bertemu Liu Jianchao ketika menghadiri Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 300 perwakilan dari Malaysia, China, Nepal, Pakistan, Thailand dan beberapa negara lain hadir dalam Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 baru -baru ini.

Forum anjuran Kelab Sahabat Laluan Sutera Malaysia itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Menurut Pengerusi Kelab Sahabat Laluan Sutera Malaysia Samuel Lee,  penganjuran forum itu  dapat menggalakkan hubungan pelbagai hala dan pertukaran budaya bukan sahaja antara kedua-dua negara tetapi negara serantau.

“Forum ini mengutamakan inisiatif rakyat setempat dalam memperkukuh hubungan serantau dan mempromosikan kemakmuran ekonomi,” kataya dalam kenyataan baru-baru ini.

Forum tersebut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Liu Jianchao dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Dalam pada itu Samuel  berkata, penganjuran itu juga secara tidak langsung dapat memperingati warisan sejarah dan kepentingan laluan sutera, serta menggalakkan dialog mengenai nilai nilai peradaban Asia.

Malah katanya, forum itu dapat dijadikan platform kepada diplomat, ahli akademik, dan pelajar universiti bagi pertukaran pendapat .- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya