PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel terkini di bandar Rafah, selatan Gaza yang berlaku kelmarin hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin termasuk 18 kanak-kanak. Wisma Putra berkata, situasi di Rafah adalah amat membimbangkan dengan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi. “Sebarang serangan di Rafah mengakibatkan implikasi dahsyat kepada lebih dari 1.5 juta rakyat Palestin berada di tempat perlindungan sementara yang sesak di dalam kawasan hanya seluas 64 kilometer (km) persegi. “Pencerobohan Israel akan menyebabkan kehilangan nyawa yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Wisma Putra berkata, Rafah adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya