1,145 pasang kasut didakwa logo mirip kalimah Allah dirampas

1,145 pasang kasut didakwa logo mirip kalimah Allah dirampas

RAZARUDIN Husain dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebanyak 1,145 pasang kasut jenama Vern’s dirampas di beberapa negeri bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rampasan kasut itu dilakukan di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah.

“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melihat adakah model (logo) itu mengikut reka bentuk kasut atau melambangkan tulisan khat (kalimah Allah),

“Buat masa ini, sebanyak 1,145 pasang kasut telah dirampas,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan diteruskan dengan memanggil syarikat pengeluar kasut tersebut.

Semalam tular video seorang lelaki mendakwa terkejut dengan kasut yang dibelinya yang memaparkan logo dipercayai mirip kalimah Allah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN