BANGKOK: Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara menyatakan kesediaan negara itu untuk menerima kehadiran 100,000 penduduk Myanmar yang melarikan diri akibat pertempuran dengan junta tentera.
Komitmen itu dizahirkan walaupun Thailand tidak menandatangani Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
“Kami bersedia untuk menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Myanmar di lokasi selamat di Thailand buat sementara waktu.
“Rakyat Myanmar tetap datang ke kawasan sempadan, walaupun tiada pemindahan secara besar-besaran,” katanya lapor AFP.
Thailand berkongsi sempadan sepanjang 2,400 kilometer dengan Myanmar, yang terlibat dalam konflik perang saudara sejak junta tentera menggulingkan kerajaan yang sah pada 2021.
Sejak beberapa bulan lalu, tentera Myanmar berdepan ancaman paling tragis apabila terpaksa bertempur dengan kumpulan anti-junta di kawasan yang aman, sebelum ini.