SUNGAI PETANI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menerima 10 aduan berkaitan bekalan minyak masak dari 12 Mac sehingga hari ini. Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, antara kawasan yang terlibat adalah di Alor Setar, Sungai Petani, Baling dan Kulim. Beliau berkata, hanya tiga aduan sahaja yang diambil tindakan iaitu membabitkan kesalahan menyorokkan barang kawalan, menjual minyak masak melebihi harga ditetapkan dan pembelian minyak secara bersyarat. “Tujuh aduan lain tidak diambil tindakan memandangkan selepas pemeriksaan dibuat, tiada kes seperti yang dinyatakan pengadu,” katanya. Beliau berkata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya