MELAKA: Polis menahan seorang lelaki warga emas yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkaitan isu kalimah Allah pada stoking. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 68 tahun yang juga pemilik sebuah bengkel kereta ditahan di sekitar Kandang di sini, petang semalam. Ujarnya, tangkapan dilakukan susulan laporan dibuat seorang lelaki berusia 62 tahun yang mendakwa, suspek telah mengeluarkan kata-kata untuk membunuh Muhamad Akmal. “Pengadu telah pergi ke bengkel suspek pada 20 Mac lalu sekitar pukul 3 petang dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya