PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas dalam kebakaran dua buah rumah di Jalan USJ 4/4C, USJ 4, Subang Jaya, dekat sini awal pagi tadi. Pusat Gerakan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan pada 1.15 pagi berkaitan kejadian terbabit. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis teres yang terbakar 60 peratus…










