KUALA LUMPUR : Peruntukan undang-undang sedia ada memadai untuk mengatasi penyelewengan yang berlaku dalam pelaksanaan struktur cukai sedia ada. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, dalam hal ini, pelaksanaan e-invois secara berperingkat bermula tahun ini akan membolehkan pengesanan ketidakpatuhan cukai dengan lebih berkesan. “Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa dan memastikan semua berjalan dengan sewajarnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini. Terdahulu, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) dalam soalan tambahan meminta kementerian menjelaskan langkah yang akan dilakukan bagi mengenal pasti penyelewengan dalam pengisytiharan cukai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya