SHAH ALAM: UMNO akan menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) bagi misi bantuan kemanusiaan kecemasan ke Palestin. Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan perkara itu berkata, sumbangan itu membuktikan sokongan kuat parti demi kebajikan rakyat negara berkenaan terutama di Gaza. “Kami sejak dulu sentiasa komited menyokong apa juga perkara berkaitan kepentingan Gaza. “Tahniah kepada Mapim yang melaksanakan misi khas itu dan kita akan membantu RM1 juta sebelum delegasi bertolak ke Rafah nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis ‘flag off’ misi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya