Umie Aida cerewet pilih pasangan berlakon - Utusan Malaysia

Umie Aida cerewet pilih pasangan berlakon

PETALING JAYA 6 MAC 2024 -Umi Aida semasa Sidang media drama terbaharu, Terlanjur Cinta yang berlangsung di The Agam, Sungai Penchala, Kuala Lumpur. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Umie Aida, 51, mengakui amat cerewet dan teliti dalam memilih pasangan pelakon yang digandingkan bersamanya dalam drama atau  filem. 

Penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2002 itu berkata perkara itu disebabkan dia enggan membuang masa dan tenaga berlakon di samping pelakon yang tidak berbakat. 

“Saya sangat teliti dan mesti tahu dengan siapa saya berlakon. Saya akan pastikan pasangan lakonan saya juga boleh berlakon, barulah seronok dan rasa berbaloi. 

“Saya tak mahu membuang masa, pikul emosi sendirian sekiranya pasangan lakonan saya tak pandai berlakon. 

“Sebab itu saya teliti dan sangat memilih. Sebelum menerima satu-satu tawaran, saya akan pastikan saya tahu siapa pelakon yang akan berlakon dengan saya,” katanya yang ditemui selepas pelancaran drama Terlanjur Cinta terbitan platform penstriman Viu Malaysia. 

Bercakap tentang drama tersebut, pelakon berpengalaman itu akui barisan pelakon yang membintangi Terlanjur Cinta dan cara kerja yang diamalkan produksi berkenaan menarik minatnya untuk kembali berlakon naskhah berat selepas 10 tahun berehat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya