Rosidah lega siapkan tempahan 4,000 tudung 

Rosidah lega siapkan tempahan 4,000 tudung 

ROSIDAH Ismail melipat tudung yang siap dijahit untuk dibekalkan kepada para pelanggannya di premis Jannah Anggun di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Seorang tukang jahit bukan sahaja mendapat durian runtuh, malah lega apabila berjaya menyiapkan 4,000 tudung yang ditempah pelanggannya.

Rosidah Ismail, 48, mula menerima tempahan sejak dua bulan sebelum tiba Ramadan dan mula menjahit bersama-sama seorang pekerjanya.

Menurut suri rumah tersebut, kesemua tudung itu berjaya disiapkan sehari sebelum Ramadan dan separuh daripadanya tersebut telah diambil oleh pelanggannya.

“Alhamdulillah, sempat menyiapkan kesemua 4,000 tudung yang ditempah oleh pelanggan saya yang kebanyakannya dari sekitar Johor Bahru dan Singapura.

“Sehari saya dapat menyiapkan 200 helai tudung dan saya menjahit setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Rosidah berkata, kini tempahan tudung tidak diterima lagi kerana hendak menyiapkan tempahan daripada sekumpulan pekerja dari sebuah syarikat.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata, tudung bawal dan tudung sarung yang mudah dipakai mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai serta dijual pada harga RM10 hingga RM39 sehelai.

Dia yang mempunyai kedai jahitan, Jannah Anggun di Taman Mutiara Rini kini memberi tumpuan terhadap pembuatan baju kurung dan pelbagai jenis tudung yang ditempah oleh para pelanggannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya