Tukang gunting pukul ibu mengaku salah ambil dadah - Utusan Malaysia

Tukang gunting pukul ibu mengaku salah ambil dadah

Dadah
MURUGAN Moorthy diiringi polis ketika di bawa ke Mahkamah Majistret atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan dia sebelum ini ditangkap pada 28 Februari lalu kerana dipercayai memukul ibunya sehingga mati di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang tukang gunting rambut yang ditahan polis kerana memukul ibunya sehingga mati pada bulan lalu mengaku bersalah atas kesalahan menagih dadah dekat Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Murugan Moorthy, 33, membuat pengakuan demikian selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Farah Rosnan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis amphetamin dan metamfetamin ke dalam badannya. Kesalahan tersebut dikesan pada pukul 2.30 petang 28 Februari lalu selepas melalui ujian air kencing ketika ditahan polis Pejabat Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda RM5,000 serta menjalani perintah pengawasan oleh polis selama dua hingga tiga tahun seperti mana ditetapkan mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian memohon tiada jaminan dikenakan ke atas tertuduh yang tidak diwakili peguam itu berikutan terdapat kes yang disabitkan ke atasnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi penyerahan laporan patologi,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan jaminan tidak dibenarkan terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh 15 Mei depan untuk penyerahan laporan patologi.

Terdahulu, Murugan ditahan polis pada 28 Februari lalu selepas IPD sama menerima laporan tertuduh memukul dipercayai ibunya sendiri sehingga mati dengan menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, pada Selasa lalu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim memberitahu arahan Timbalan Pendakwa Raya tiada pertuduhan dikenakan ke atas tertuduh apabila punca kematian ibunya adalah akibat serangan jantung.

Namun, arahan dikeluarkan untuk menuduh Murugan di mahkamah atas kesalahan jenayah narkotik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya