PETALING JAYA: Pelakon, Salina Saibi, 42, menolak dakwaan kononnya dia melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik. Kata bintang drama Gerak Khas itu, dia hanya mengamalkan cara semula jadi untuk menjaga penampilan tanpa membabitkan prosedur melampau. “Sebenarnya memang ramai bertanya saya buat apa untuk jaga penampilan sampai ada menyangka saya potong perut, buat muka. Jawab saya, jaga makan. “Allah dah bagi kita cara natural, puasa, makan ikut sunnah nabi, tidur cukup, kurangkan stress. Kita amalkan sahaja,” katanya. Salina ditemui pada majlis berbuka puasa bersama artis Starvendor di Subang Jaya, baru-baru ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya