JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Mersing menahan tiga anggota polis kerana meminta dan menerima rasuah, November lalu. Menurut sumber, ketiga-tiga suspek berusia antara 36 hingga 42 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 7 petang semalam. Difahamkan, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu-pemandu lori kelapa sawit dan baja di sekitar Mersing. Suapan itu diberikan sebagai dorongan supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya